DURIAN TUNGGAL - Seorang imam di Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam meninggal dunia selepas rakaat ketiga, ketika mengimamkan solat Zohor di masjid itu, tadi.

Imam Satu, Mohamad Hashim Kechik, 78, menghembuskan nafas terakhir di hadapan lebih tujuh jemaah ketika itu.

Jemaah Syamsul Ab Rahman berkata, ketika itu imam berkenaan dalam keadaan duduk diantara dua sujud untuk bangun raakaat keempat, namun imam tidak berbuat demikian dan beristighfar sebanyak tiga kali sebelum memberi salam.

"Saya nampak arwah tekan tangannya di sejadah untuk bangun namun tak boleh, dia sebak dan istighfar sebelum memberi salam.

"Kemudian beberapa jemaah baringkan imam di atas riba seorang jemaah lain dan dahinya berpeluh, namun dalam beberapa minit sahaja nafasnya terhenti," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, dia menyifatkan pemergian imam yang mengidap sakit jantung itu terlalu mudah dan tidak akan dilupakan.

Lebih kurang jam 1.45 petang pasukan paramedik Klinik Kesihatan Durian Tunggal mengesahkan Mohamad Hashim telah meninggal dunia sebelum jenazahnya di bawa pulang ke rumahnya yang terletak lebih kurang 500 meter jarak dari masjid itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJUNG MALIM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dihanyutkan air ketika berkelah di Sungai Bernam berhampiran Kampung Simpang Empat Dalam, di sini, petang tadi.
  • KUANTAN - Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ishak Tadin meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.
  • PORT DICKSON - Bekas Pegawai Khas Politik, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Masiyon Mardan@Buhair,64, meninggal dunia sekitar jam 3 petang tadi ketika mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sedang berkenaan slipped disc sakit tulang belakang yang dihidapinya.