$entry.content.caption.value
HwangDBS Vickers menaikkan dividen Malayan Banking Bhd (Maybank) kepada 70 peratus berbanding 60 peratus berikutan jangkaan bahawa bank itu menggunakan kredit cukai S108 sedia ada sebelum tarikh luput.
Dalam nota kajiannya, firma penyelidikan itu berkata, berdasarkan kredit cukai bernilai RM1.95 bilion yang akan luput pada 2012, Maybank mungkin membayar dividen sehingga RM7.8 bilion tanpa menanggung cukai tambahan.
Menurutnya, perkembangan bank itu di Singapura dan Indonesia terus kukuh dengan mencatatkan pertumbuhan pinjaman tahun ke tahun masing-masing 44.6 peratus dan 28.8 peratus, lebih kukuh berbanding 18.6 peratus di Malaysia.
Selain itu, HwangDBS berkata, Singapura dan Indonesia masing-masing menyumbang 14 peratus dan enam peratus kepada keuntungan sebelum cukai Maybank. Maybank mempunyai kelebihan memanfaatkan francais deposit untuk perbankan transaksi, berdasarkan asas akaun simpanan dan akaun semasanya yang tinggi, yang menguasai 36 peratus daripada jumlah deposit,” katanya.
“Ia kurang terdedah kepada kelemahan pasaran modal memandangkan lebih 50 peratus daripada pendapatan bukan faedahnya yang berulang, sebahagian besarnya daripada aktiviti perbankan transaksi,” katanya.





