KUALA LUMPUR - Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) Mohd Zahid Mahmood menafikan dakwaan wujud  masalah hubungan antara ibu bapa mangsa kebakaran dengan pihak pengurusan tahfiz di Keramat Hujung itu.

Mohd Zahid ketika ditemui pemberita hari ini menjelaskan tiada sebarang masalah yang timbul sebaliknya hubungan silaturahim antara mereka tetap baik.

"Alhamdulilah hubungan kami masih baik, saya meminta maaf sekiranya terdapat salah dan silap… kami akan memulakan diari baharu antara pihak tahfiz dan ibu bapa," katanya  di sini.

Mohd Zahid berkata 90 peratus ibu bapa kepada 28 mangsa yang terlibat  dalam  tragedi itu hadir pada majlis tahlil anjuran  pusat tahfiz DQI malam tadi di bangunan baharu yang terletak berhampiran yang telah siap dinaik taraf.

Beliau berkata pihaknya juga telah berhubung dengan kesemua ibu bapa mangsa bagi membincangkan perkara-perkara berhubung tragedi itu serta pengurusan hal yang berkaitan.

"Sebelum ini pihak tahfiz tidak sempat nak bersama mereka dan menjenguk tetapi insya-Allah selepas ini kami akan menjenguk dan ke rumah mangsa untuk memberikan bantuan.

"Walaupun waris mereka telah kembali kepada ALLAH tetapi kami tetap menganggap mereka masih belajar bersama kami," katanya.

Semalam, laman portal tempatan melaporkan lebih 10 keluarga mangsa berkumpul bagi menuntut keadilan selepas seminggu tragedi kebakaran pusat tahfiz itu setelah pihak pengurusan tahfiz berkenaan didakwa berdiam diri dan tidak memaklumkan kepada mereka maklumat mengenai aspek keselamatan bangunan tersebut  yang didedahkan oleh pihak berkuasa.

Dalam kejadian 5.15  pagi pada  14 Sept lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu maut selepas terperangkap dalam kebakaran di asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anaknya berusia tiga tahun dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Kes membabitkan dua remaja berusia 16 tahun yang didakwa membunuh 23 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.
  • KOTA BHARU - Sebanyak 14 unit kediaman kayu Pondok Muhammadiah Beta Hilir musnah dalam kebakaran di sini malam tadi.
  • SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang mengkaji risiko kebakaran di pusat penjagaan warga tua di seluruh negeri ini bagi didedahkan kepada semua pengusaha premis berkenaan untuk melakukan penambahbaikan.
  • PORT DICKSON - Seorang wanita mengalami kecederaan dalam kebakaran di Taman Desaru Lukut sekitar jam 2.30 petang tadi manakala tiga anaknya berusia 11, 9 dan 7 tahun selamat.