“KITA tidak boleh pilih kasih dalam memberi penghormatan. Darjat Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) juga sama seperti pasukan keselamatan lain baik polis mahupun tentera”.

Demikian kata Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak ketika mengulas tindakan sesetengah pihak yang memandang rendah tugas seorang Rela.

Halim berkata, peranan anggota Rela sama seperti pasukan keselamatan lain walaupun mereka merupakan benteng ketiga negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sertai Rela kerana negara bukan elaun]

“Tugas mereka sama. Menjaga keselamatan. Lihat sahaja di mana-mana, pasti ada anggota Rela. Jadi kita perlu ada rasa hormat kepada anggota Rela,” katanya.

Merujuk kes kekasaran terhadap anggota Rela baru-baru ini, beliau berkata, kejadian itu tidak akan berlaku andai semua rakyat Malaysia memahami maksud sebenar prinsip Rukun Negara.

“Masalah sekarang ini, Rukun Negara diabaikan. Saya cadangkan jika berlaku lagi perkara sedemikian, baik terhadap polis, tentera mahupun Rela, individu itu perlu menjalani latihan khusus bagi memahami erti sebenar Rukun Negara,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas penyertaan kaum lain yang sedikit berbanding Melayu dalam pasukan Rela, Halim berpendapat bahawa kurang berminat terhadap badan beruniform menjadi faktor utama berbezaan tersebut.

“Seharusnya semua individu digalakkan untuk menyertai Rela. Mereka merupakan mata dan telinga negara,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak pernah mengenakan bayaran kepada penerima pangkat kehormat jabatan itu, sebaliknya ia dianugerahkan secara percuma berdasarkan kelayakan dan prosedur tertentu.
  • SHAH ALAM - Polis merakam percakapan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
  • DUNGUN - [VIDEO] Kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan keupayaan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) membuatkan seluruh anggota badan beruniform itu bengang.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri’ yang didakwa menawarkan wang selepas memukul tiga anggota Rela, Jumaat lepas.