Auta

SATU imej surat dengan logo rasmi Pas tersebar di WhatsApp, semalam.  Surat itu yang ditandatangani oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebut sebarang ulasan dan komen yang bersifat 'rasmi' perlu dibuat menerusi mesyuarat yang sah dan diperakui oleh perlembagaan parti.

Menurut surat itu, sebarang seruan untuk menyertai demonstrasi menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mendengar keputusan rayuan kes liwatnya, hari ini adalah bersifat peribadi dari segelintir pemimpin Pas dan bukan pendirian rasmi Pas.

"Pas tidak pernah menyeru atau mengajak mana-mana ahlinya untuk menyertai demonstrasi tersebut yang pada anggapan kami bukanlah perkara ma'ruf.

"Pas penuh yakin dan percaya kepada keadilan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap jenayah tersebut dan perbuatan menyertai demonstrasi
itu bukanlah satu pendirian rasmi Pas," menurut surat itu.

Fakta

Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri  Mokhtar menafikan kenyataan media yang dikeluarkan atas nama Abdul Hadi Awang itu.

"Kenyataan bertarikh 9 Februari 2015 (mengenai isu kenyataan rasmi parti dan solidariti terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah palsu, tidak benar sama
sekali.

"(Abdul Hadi) merasa sangat kesal di atas penyalahgunaan surat Pas dan pemalsuan kenyataan media itu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADAR bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga diculik adalah palsu.
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.
  • SELEPAS disahkan palsu tahun lalu, Majlis Jom Nikah didakwa anjuran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kini sekali lagi disebarkan secara meluas menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp.