KLANG - Sebuah premis durian dan runcit berdepan tindakan undang-undang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, kerana alat timbang yang tamat tempoh.

Kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan harian di pasar malam Taman Seri Andalas, di sini, kelmarin.

Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Mohd Nor Iskandar Zainoor berkata, pemeriksaan pada jam 6 petang itu melibatkan sembilan pegawai diketuai Siti Masriefa Mokhtar.

Menurutnya, sebanyak 160 buah gerai diperiksa sehingga jam 7.30 petang dan hasil pemeriksaan telah menghasilkan dua kes kompaun.

“Dua buah gerai iaitu gerai menjual durian serta runcit dikesan kerana menggunakan alat timbang yang telah tamat penentusahan.

“Kes disiasat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972,” katanya.

Beliau berkata, peniaga diingatkan agar memastikan alat timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan mendapat kelulusan oleh Jabatan Metrologi.

Katanya, setiap alat timbang perlu diperbaharui setiap tahun dan sekiranya gagal melakukan sedemikian ia adalah satu kesalahan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu menyita alat penimbang yang diubahsuai oleh lelaki Rohingya untuk menipu urusan jual beli barang lusuh.