PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa kerajaan  melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota dan pegawai agensi-agensi penguat kuasa di negara ini khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini salah satu langkah penting bagi mengelak anggota dan pegawai agensi-agensi penguat kuasa terjerumus ke dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa,” kata SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sempena pelantikan  Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.

Pelantikan Mohamad Fuzi, 58, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib semalam.

SPRM yakin Mohamad Fuzi berkemampuan membawa perubahan dan pembaharuan ke arah menjadikan PDRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang lebih cemerlang dan terulung di negara ini dan pada masa yang sama memastikan PDRM bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

"SPRM juga percaya beliau akan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti,” kata suruhanjaya itu.

SPRM turut yakin Mohamad Fuzi dapat memperkasa kerjasama antara kedua-dua pihak yang telah sedia terjalin dalam membanteras jenayah di negara ini. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) bagi memastikan tadbir urus agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa melakukan sikap dwi-standard dalam isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan yang dibuat Naib Presiden Warisan, Peter Anthony berhubung ditanya tentang kekuatan parti itu ketika ditahan reman SPRM.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan serbuan di beberapa lagi lokasi di Pulau Pinang berhubung isu siasatan projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion.
  • GEORGETOWN - Siasatan SPRM berhubung kajian terowong dasar laut di Pulau Pinang kini melibatkan proses pembidaan yang dijalankan untuk melantik syarikat bagi tujuan menjalankan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu.