William Yau Zhen Zhong
KUALA LUMPUR - Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.
"Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah," kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong pada sidang media sini, hari ini.
Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian 'deoxyribonucleic acid' (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Januari lalu, adalah William.
William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William," kata Chong menambah, ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.
Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 03-22033888. - Bernama
- Ikues William: Ibu terima panggilan telefon berunsur ugutan
- Inkues: Mayat reput, punca kematian William tak pasti
- Inkues William Yau 11, 12 Mac
- Polis tidak pernah tutup kes kanak-kanak hilang
- Polis fail permohonan inkues kematian William
- Inkues kematian William Yau Rabu ini
- Kes William: Polis sedia adakan inkues
- Kes William: Polis rakam keterangan 5 individu termasuk moyang
- Polis minta masyarakat jangan spekulasi kematian William
- Dakwaan William didera: Bapa saudara, nenek akan diambil keterangan




