DUNGUN - Empat pengemis diselamatkan Pejabat Kebajikan Daerah Dungun dalam operasi pengemis di sekitar Bandar Dungun, di sini, Isnin lepas.

Pegawai JKM Dungun, Mohd Naufal Yusoff dalam kenyataannya hari ini berkata, dalam operasi yang bermula jam 5.40 petang hingga jam 8.00 malam itu, dua daripada yang ditahan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia berusia di antara 39 hingga 52 tahun.

"Operasi dijalankan di sekitar Bandar Dungun  termasuk di hentian bas.

"Dua daripada yang ditahan adalah wanita dan salah seorang didapati menjual tiket jualan langsung menggunkan nama sebuah tahfiz di kedah.

"Bagaimanapun, semua mereka hanya diberi amaran dan akan diambil tindakan tegas jika mengulangi kesalahan yang sama,"katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu gelandangan dan pengemis serta akan melancarkan operasi besar-besaran dalam masa terdekat.

"Operasi seperti ini memang kita lakulan secara berterusan dan operasi bersepadu bersama agensi-agensi lain akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Bukan sahaja JKM tetapi kita meminta semua pihak dan masyarakat supaya lebih bijak membantu golongan yang memerlukan serta sama-sama membanteras aktiviti mengemis atau gelandangan,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Bagi membasmi kegiatan sendiket pengemis yang semakin berleluasa, polis telah mengambil langkah proaktif dengan memperkasakan setiap anggota.
  • KOTA BHARU - Sindiket pengemis di negeri ini yang didalangi warga asing kini dikesan bergerak aktif menghantar dan menurunkan pengemis Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menaiki kereta bagi mengelak dikesan penguatkuasa di sini semalam.
  • KULIM - Sebelas pengemis termasuk tiga beranak antara yang ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar ini dalam Operasi Bersepadu Pengemis dan Kutu Rayau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa agensi bermula malam tadi hingga awal pagi ini.
  • GOMBAK - Dua wanita warga asing berusia lewat 50-an sanggup berpanas dan bergadai nyawa semata-mata untuk menjadi peminta sedekah di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Sri Gombak.