TANJONG KARANG - Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di kilometer 43 Jalan Klang - Teluk Intan, berhampiran Taman Air Manis, Sabak Bernam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Lorong 7, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan oleh Imam Hamid Hamzah, di Masjid Jamek At-Tuqa sebelum dikebumikan kira-kira jam 9 malam tadi.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan itu yang dihadiri lebih 300 ahli keluarga dan saudara-mara serta jiran terdekat.

Empat jenazah yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan ialah Aniq Anaqi Mohd Fazzli, berusia enam bulan dan ibunya, Munira Abd Rahim, 30.

Dua lagi yang turut dikebumikan dalam liang lahad yang sama ialah ibu bapa Munira, Siti Fatimah Amat, 55, dan Abd Rahim Abd Ghani, 61.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR CHENEH BARU - Seorang pelajar maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Felda Neram 2 - Cheneh, di sini, semalam.
  • KOTA TINGGI - Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Jalan Bypass Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman petang tadi mengorbankan nyawa sepasang suami isteri.
  • REMBAU - Seorang penunggang motorsikal maut selepas terbabit dalam nahas di kilometer 235.7, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
  • BANDAR BAHARU - Tiga maut termasuk bayi berusia enam bulan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah sebuah kereta dan lori di jalan Kampung Batu 12, Terap, 12.15, tengahari tadi.