KUALA LUMPUR - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 individu dalam kebakaran pusat tahfiz Quran Ittifaqiyah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua remaja yang berusia 16 tahun itu dihadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja itu  didakwa bersama-sama membunuh kesemua mangsa antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi 14 September lalu di Pusat Tahfiz Al-Quran Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 14 September lalu.

Prosiding pendakwaan itu dijalankan secara tertutup dan hanya boleh diikuti ahli keluarga kedua-dua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 28 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang esok.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah memeriksa lebih 200 pusat tahfiz di seluruh negara, susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, 14 September lalu.
  • KUALA LUMPUR - Bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV).
  • KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu tragedi kebakaran menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua guru, hari ini lima remaja dan seorang kanak-kanak dihadapkan ke muka pengadilan.