SUNGAI PETANI - Dua maut, 14 cedera dalam kemalangan di kilometer 68 Jalan Sungai Petani-Butterworth dekat Kampung Padang Buluh, Tikam Batu apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi bertembung dengan van pekerja dalam kejadian 5.55 pagi tadi.

Van yang dipandu lelaki berusia 30an membawa muatan 13 pekerja sedang dalam perjalanan ke Kilang Sony di Kawasan Perindustrian Perai, Pulau Pinang remuk teruk.

Mangsa maut, pekerja kilang, Nur Izzaty Syafinaz Zamri, 20, dan pemandu Perodua Myvi, Mohd Fakhurazzi Samsudin, 30.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :