BATU PAHAT - Dua maut dalam dua kemalangan yang berbeza, di KM22, Jalan Muar - Yong Peng berhampiran dengan Parit Sulong dan juga Persimpangan Taman UPC, Ayer Hitam.

Dalam kemalangan pertama membabitkan seorang warga emas, Ahmad Darman, 74, yang menunggang motosikal dilanggar sebuah lori, manakala kemalangan kedua membabitkan mangsa yang memandu Kereta Proton Iswara, Hasryizam Jamari, 37 yang dirempuh tiga lori.

Keadaan kereta yang remuk setelah dilanggar lori yang mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dalam kemalangan pertama berlaku pada jam 8.30 pagi, di mana mangsa keluar dari simpang secara tiba-tiba.

Dalam masa sama, datang sebuah lori dari arah Muar, tidak sempat mengelak dan terus melanggar mangsa. Mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

“Terdapat kesan brek di lokasi sejauh 16 meter, yang menunjukkan pemandu lori telah cuba untuk memberhentikan kenderaannya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kemalangan kedua pula, berlaku pada jam 9.30 pagi di mana mangsa memberhentikan keretanya untuk memasuki simpang di Taman UPC.

Bagaimanapun sebaik memberhentikan keretanya itu, dia terus dirempuh dari belakang yang mengakibatkannya memasuki ke lorong bertentangan.

“Kereta yang dinaiki mangsa itu dirempuh pula oleh dua buah lori yang datang dari arah bertentangan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk tujuan bedah siasat dan dokumentasi sebelum dituntut oleh waris masing-masing.

“Kedua-dua kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan daripada kemalangan berkenaan polis menasihatkan agar pemandu dapat berhati-hati ketika di jalan raya bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR CHENEH BARU - Seorang pelajar maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Felda Neram 2 - Cheneh, di sini, semalam.
  • KOTA TINGGI - Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Jalan Bypass Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman petang tadi mengorbankan nyawa sepasang suami isteri.
  • REMBAU - Seorang penunggang motorsikal maut selepas terbabit dalam nahas di kilometer 235.7, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
  • BANDAR BAHARU - Tiga maut termasuk bayi berusia enam bulan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah sebuah kereta dan lori di jalan Kampung Batu 12, Terap, 12.15, tengahari tadi.
  • TANJONG KARANG - Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di kilometer 43 Jalan Klang - Teluk Intan, berhampiran Taman Air Manis, Sabak Bernam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Lorong 7, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang.