GOMBAK - Cubaan dua lelaki warga Mexico memecah masuk sebuah rumah di kawasan perumahan Tun Perak di sini Khamis lalu gagal apabila mereka diberkas polis selepas dihubungi jiran.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, anggota unit peronda bergegas ke lokasi apabila menerima maklumat itu.

“Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu cuba lari, tetapi gagal.

“Kami menjumpai barang berharga, termasuk telefon bimbit, di dalam kereta Toyota Estima yang dinaiki mereka,” katanya.

Kereta itu mengguna nombor pendaftaran palsu.

"Kami percaya mereka juga terlibat dalam beberapa siri kes pecah rumah di sekitar Rawang," katanya.

Mereka ditahan reman dua minggu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Seorang dicekup manakala tiga lagi berjaya meloloskan diri selepas kegiatan pecah masuk sebuah rumah kedai di Jalan Hassan, off Jalan Sungai Udang, di sini, disedari penghuni rumah.
  • KLANG - Seorang lelaki ditahan selepas memecah masuk sebuah rumah kedai di Jalan Hassan, Off Jalan Sungai Udang, di sini, Isnin lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.