KUALA LUMPUR -  Dua jenazah daripada 23 mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, dijangka diserahkan kepada pihak keluarga malam ini.

Sumber polis memberitahu Bernama bahawa urusan identifikasi dan pengecaman telah selesai dijalankan terhadap dua jenazah itu petang tadi.

"Dua jenazah itu akan diserahkan kepada keluarga untuk proses seterusnya seperti mandi jenazah, kafan, solat dan pengebumian," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Beliau berkata selain itu, empat sampel DNA telah dihantar ke Jabatan Kimia dan baki sampel lain akan diserahkan ke jabatan itu selewat-lewatnya malam ini.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz berkenaan terkorban dalam insiden 5.15 pagi itu.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 3 Januari depan untuk sebutan semula kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas.
  • KOTA BHARU - "Kalau abang mati, pakailah kopiah abang,” itu kata-kata terakhir diucapkan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung Kuala Lumpur di sini, Mohamad Daniel Md Amin, 14, kepada adik bongsunya Salahuddin Al- Ayubi Md Amin, 6.
  • KUALA LUMPUR - Tujuh suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, 14 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, esok.
  • KUALA LUMPUR - Sebahagian suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, 14 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, esok.
  • KUALA LUMPUR - Seorang bekas hakim Mahkamah Sesyen hari ini berkata, hukuman sebat boleh dikenakan terhadap suspek remaja yang terlibat dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, sekiranya mereka didapati bersalah.