ISKANDAR PUTERI - Seorang pengarah projek dan anak berusia empat tahun maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3.6  Lebuhraya Persisir Pantai Iskandar berhampiran Horizon Hill, di sini tengahari, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.52 tengahari itu, kedua-dua mangsa warga Australia itu, Youngnickel Troy Justin, 45 dan anak lelakinya, Youngnickel Jai Geofrey Roy, 4 maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda (4x4) Toyota Hilux yang dinaiki bertembung sebuah kenderaan serbaguna (MPV) jenis Totota Vellfire.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Toyota Hilux terbabas dan melanggar penghadang besi.

 

“Toyota Hilux yang terbabas melanggar penghadang jalan dan masuk ke laluan bertentangan dan turut melanggar sebuah MPV jenis Vellfire yang datang dari arah bertentangan.

“Kedua-dua mangsa dari kenderaan Toyota Hilux mengalami kecederaan teruk pada bahagian badan akibat tersepit dalam kenderaan dan disahkan maut ditempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Hashim berkata, pemandu dan penumpang kenderaan Vellfire mengalami cedera ringan dan telah menerima rawatan manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah AMinah (HSA) untuk bedah siasat.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan berlaku kerosakan pada keseluruhan kenderaan Toyota Hilux manakala kenderaan Vellfire terdapat kerosakan pada bahagian hadapan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati keadaan cuaca ketika kemalangan adalah hujan dan cahaya terang manakala jalan raya rata dan bertar selain terdapat tiga lorong dilengkapi garisan putih putus-putus sebagai pembahagi lorong.

“Tiada sebarang kekeliruan tanda jalan dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Iskandar Neekmat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira kam 12.36 tengahari dan bergegas ke lokasi bersama enam anggota.

“Seorang lelaki dan anaknya didapati meninggal dunia di tempat kejadian, kami difahamkan lelaki berkenaan baru sahaja mengambil anaknya dari sekolah berhampiran sebelum kemalangan itu berlaku.

“Kami menjalankan operasi bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR CHENEH BARU - Seorang pelajar maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Felda Neram 2 - Cheneh, di sini, semalam.
  • KOTA TINGGI - Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Jalan Bypass Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman petang tadi mengorbankan nyawa sepasang suami isteri.
  • REMBAU - Seorang penunggang motorsikal maut selepas terbabit dalam nahas di kilometer 235.7, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
  • BANDAR BAHARU - Tiga maut termasuk bayi berusia enam bulan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah sebuah kereta dan lori di jalan Kampung Batu 12, Terap, 12.15, tengahari tadi.
  • TANJONG KARANG - Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di kilometer 43 Jalan Klang - Teluk Intan, berhampiran Taman Air Manis, Sabak Bernam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Lorong 7, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang.