SEREMBAN – Pejuang kemerdekaan yang juga veteran Umno, Datuk Siti Rahmah Kassim, 91, meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi  di rumah anaknya di Klana Jaya, Selangor.

Anak kedua Allahyarhamah, Prof  Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub ketika dihubungi mengesahkan perkara itu memberitahu emaknya meninggal dunia di sisi mereka sekeluarga kerana sakit tua.

“Sejak tiga bulan lalu dia tidak lagi boleh duduk dan hanya terbaring di rumah selain keadaan kesihatannya tidak menentu.

“Cuma dalam tempoh seminggu ini keadaannya agak lemah. Ketika dia menghembuskan nafas terakhir saya dan suami serta adik beradik ada disisinya,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Nama Allahyarham sentiasa diingati hingga kini apabila kesanggupannya menyerahkan gelang emas hadiah perkahwinananya bagi membantu rombongan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi menuntut kemerdekaan.

Malah veteran wanita Umno itu mencatat sejarah sebagai wanita pertama menyandang jawatan sebagai wakil rakyat di Negeri Sembilan bermula dari tahun 1959 hingga 1969.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJUNG MALIM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dihanyutkan air ketika berkelah di Sungai Bernam berhampiran Kampung Simpang Empat Dalam, di sini, petang tadi.
  • KUANTAN - Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ishak Tadin meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.
  • PORT DICKSON - Bekas Pegawai Khas Politik, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Masiyon Mardan@Buhair,64, meninggal dunia sekitar jam 3 petang tadi ketika mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sedang berkenaan slipped disc sakit tulang belakang yang dihidapinya.
  • DURIAN TUNGGAL - Seorang imam di Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam meninggal dunia selepas rakaat ketiga, ketika mengimamkan solat Zohor di masjid itu, tadi.