KUALA LUMPUR - Gara-gara dapur terbakar, dua unit kediaman di Blok C 13 Taman Melati di sini terjejas dalam kejadian kira-kira 4.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.39 petang sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan bahagian dapur sebuah unit di tingkat tiga blok berkenaan.

“Akibat kebakaran itu, api turut merebak ke tingkat atas  dan operasi pemadaman menggunakan satu  aliran salur bantu mula air pam jentera sehingga api padam sepenuhnya. Api berjaya dikawal pada jam 5.17 petang dan operasi tamat Pada jam 6.16 petang.

“Kebakaran melibatkan 30 peratus, tiada mangsa yang terperangkap dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Empat lot kedai di Jalan Karburretor Batu 8 Kota Kemuning Seksyen 34 di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.56 malam tadi.
  • KODIANG - Seorang lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) di temui rentung dalam suatu kejadian kebakaran di rumahnya di Batu 4, Pida 8 di sini, malam tadi.
  • IPOH - [VIDEO] Seorang pekerja kilang parah akibat melecur manakala enam kakitangan yang lain terselamat dalam kejadian kebakaran di kilang petrokimia di Kawasan Perindustrian Bukit Merah di sini, petang tadi.
  • PETALING JAYA - Laporan penuh siasatan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing di sini dijangka siap dalam tempoh seminggu.