PUTRAJAYA - Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) hari ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk menyerahkan maklumat tambahan baharu berhubung kes penyelewengan dana untuk kepentingan  rakyat miskin di Sabah.

Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata beliau turut bersedia dipanggil oleh SPRM pada bila-bila masa bagi membantu siasatan kes itu yang dipercayai melibatkan jumlah keseluruhan RM1.5 bilion.

“Saya dimaklumkan SPRM akan meneliti dokumen yang diserahkan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen terbabit erita di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Zulkarnain berkata GAUM tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam membangkitkan isu tersebut kerana badan berkenaan bukan pelapor tunggal.

Isu itu pernah dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Dr Hiew King Cheu pada 2011 selain laporan polis oleh Angkatan Muda Keadilan Sabah sebelum ini, katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata SPRM telah memanggil 45 saksi termasuk tujuh yang ditahan reman berhubung penyelewengan dana pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah membabitkan peruntukan RM1.5 bilion dan lebih 70 projek. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Adik seorang bekas menteri persekutuan direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.
  • KOTA KINABALU - Seorang pemimpin parti politik Sabah yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana berjumlah RM180 juta bagi projek luar bandar di negeri itu dimasukkan ke hospital swasta dekat sini malam tadi.
  • KOTA KINABALU - Adik bekas menteri Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah bernilai RM1.5 bilion.