PETALING JAYA - "Orang lain pergi ke masjid pukul 3 pagi buat Qiamullail tapi kamu pergi masjid pecahkan tabung masjid. Itu rumah ALLAH. Kamu tidak malu?,  tegur seorang majistret kepada seorang tertuduh yang mencuri duit tabung masjid.

Majistret Salamiah Salleh berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Abd Hadi Abd Karim, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri duit tabung Masjid Nurul Yaqin sebanyak RM41 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 8 September lepas.

Abd Hadi melakukan kesalahan itu di masjid berkenaan di SS7/8 Kelana Jaya, di sini pada jam 3 pagi, 8 September lepas dan didakwa mengikut  Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam  merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibu bapanya di kampung, tetapi Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana wang yang dicuri itu merupakan hasil derma orang ramai.

Berdasarkan fakta kes, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan imej tertuduh sedang mencuri tabung masjid dan berikutan itu, pengadu yang berada di sekitar masjid berkenaan telah menangkap tertuduh dan menyerahkannya kepada polis.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal terpaksa meringkuk dipenjara selama 10 bulan dan dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini, kerana mencuri barangan dan perabot rumah yang disewa di Taman Semarak Bukit Tunggal, Kuala Nerus.
  • GEORGETOWN - Seorang pemandu Uber dicekup selepas dipercayai terlibat dalam 20 kes mencuri barang berharga jemaah lain di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) petang semalam.
  • MELAKA - Padah mencuri pelbagai barangan di sebuah pasar raya, bekas pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pengutip besi buruk dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri sebuah penimbang, dua hari lepas.
  • KUALA LUMPUR - Gara-gara mengumpil sebuah mesin kerusi urut di kedai dobi untuk mendapatkan wang bagi mengisi minyak motor, seorang pemandu van dipenjara lima hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.