RAUB - Misteri kehilangan seorang pelajar lelaki yang berusia 17 tahun sejak enam hari lalu akhirnya terungkai apabila mayatnya dijumpai bomba dan Angakatan Pertahanan Awam yang mereput dan terapung di sungai RTP Lembah Klau, Raub di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub, Suprintenden Wan Zahari Wan Busu berkata, hasil siasatan mendapati mangsa, D Yugendran yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin dijumpai bukanlah mati lemas dipercayai dibunuh.

"Siasatan awal percaya, mangsa dibunuh oleh seorang warga India yang berusia 22 tahun akibat dendam," katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat suspek mendedahkan bahawa telah memukul mangsa dengan kayu dan  membuangnya ke dalam Sungai Klau, Jalan Mempaga , Raub Pahang.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raub untuk dilakukan bedah siasat dan kini supsek direman sehingga 14 September.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.