GOMBAK - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan ke bunuh seorang lelaki warga  Sri Lanka di Jalan Gombak Lama di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dua lelaki berusia 26 dan 51 tahun itu ditahan  kelmarin dalam satu serbuan di sekitar Gombak.

"Kedua-dua lelaki terbabit kini direman lima hari sehingga Sabtu ini.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Kita juga masih mengesan suspek utama dalam kes ini," katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mangsa warga Sri Lanka berusia 32 tahun itu dilaporkan keluar rumah pada Ahad lalu untuk berjumpa dengan seseorang.

Namun mangsa tidak pulang selepas 24 jam sebelum isterinya membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tiada permohonan rasmi diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibuat kerajaan India untuk proses ekstradisi terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
  • KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak boleh terlepas pandang dakwaan seorang bekas pemimpin cawangan MIC yang melakukan gangguan seksual terhadap remaja sebagai balasan untuk bantuan dan pekerjaan.
  • TAIPING - Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinasihatkan supaya terus mengekalkan kesepaduan sebagai sebuah institusi beruniform, di samping mengelakkan diri daripada berbalah, fitnah menfitnah dan berpuak-puak antara satu sama lain.
  • GUA MUSANG - Operasi mencari lelaki warga emas, Lau See, 69, yang dilaporkan hilang di Hutan Simpan Lebir, Aring 8 di sini yang masuk hari ke-20 hari ini, masih gagal menemui sebarang petunjuk.
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mengorak langkah dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara demi kebaikan rakyat selaras dengan pengumuman peruntukan hampir RM9 bilion dalam Bajet 2018 kepada pasukan itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.