MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menjelaskan, bukan beliau yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, seperti mana yang tersiar di muka depan sebuah akhbar tempatan, hari ini.

Sebaliknya, jelas beliau kehadiran beberapa pegawai SPRM ke pejabatnya itu, adalah bertujuan untuk mendapatkan bantuan atau maklumat bagi melengkapkan siasatan berhubung beberapa pegawai kerajaan negeri yang ditahan pihak berkenaan dalam tempoh lebih sebulan lalu.

"Bukan saya yang disiasat, SPRM datang untuk menyempurnakan siasatan ekoran beberapa kes yang berlaku dalam tempoh sebulan setengah lalu.

"Saya sebagai Ketua Menteri yang mempunyai pengetahuan dan peranan dalam banyak perkara memberikan bantuan atau maklumat yang diperlukan SPRM bagi tujuan menyelesaikan siasatan yang sedang berlangsung," katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2017 dan Majlis Pelancaran Hang Tuah Commercial Centre (HTCC) di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa melakukan sikap dwi-standard dalam isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan yang dibuat Naib Presiden Warisan, Peter Anthony berhubung ditanya tentang kekuatan parti itu ketika ditahan reman SPRM.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan serbuan di beberapa lagi lokasi di Pulau Pinang berhubung isu siasatan projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion.
  • GEORGETOWN - Siasatan SPRM berhubung kajian terowong dasar laut di Pulau Pinang kini melibatkan proses pembidaan yang dijalankan untuk melantik syarikat bagi tujuan menjalankan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu.
  • KUALA LUMPUR - Sembilan individu termasuk seorang pegawai teknik Telekom Malaysia (TM) yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa antara tahun 2016 dan Mac 2017 direman selama lima hari.