MELAKA - Misteri kehilangan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang tidak pulang ke rumah selepas keluar mengaji dua hari lalu terjawab apabila dia ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, lewat petang semalam.

Mangsa yang tinggal di Taman Desa Molek di sini, ditemui dalam keadaan terlentang di atas papan lapis berhampiran padang oleh sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja pulang dari bermain bola sepak kira-kira jam 7 petang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, ibu bapa mangsa membuat laporan polis  di Balai Polis Tiang Dua kelmarin selepas anak mereka tidak pulang ke rumah Isnin lalu.

“ Pihak keluarga telahpun mengesahkan mangsa adalah anak mereka berdasarkan pakaian mangsa yang  sama sebelum keluar rumah,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BATU GAJAH - Seorang lelaki Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini atas pertuduhan membunuh bapa saudaranya di sebuah rumah di Kampung Chenderong Kelubi, Sungai Galah, Kampung Gajah, 7 Januari lalu.
  • TAIPING - [VIDEO] Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Batu Matang, Matang Road, 11 Januari lalu.
  • JOHOR BAHRU - Lima individu termasuk dua beranak disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di Taman Nusa Bestari, Skudai, di sini semalam direman lima hari.
  • KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu menetapkan esok untuk hukuman terhadap seorang penoreh getah yang meletupkan bom hingga menyebabkan kematian ibu bapa angkatnya, tiga tahun lalu.
  • TANJUNG MALIM - Seorang duda anak empat dihadapkan ke Mahkamah Majisterit Tanjung Malim, pagi tadi atas pertuduhan membunuh seorang penjual ikan di sebuah rumah di Slim River, Januari lalu.