BANDARAYA MELAKA - Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Indonesia daripada cubaan membunuh diri di perairan Selat Melaka berhampiran Taman Kota Laksamana di sini pagi tadi.

Komender Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Penguasa Bomba Kanan II, Razali Che Are berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kira-kira jam 11.11 pagi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

"Sebaik tiba didapati benar terdapat seorang lelaki warga Indonesia berusia 30-an cuba membunuh diri pada jarak dua kilometer dari pesisir perairan selat Melaka berdekatan Taman Kota Laksamana.

"Dia ditemui dalam keadaan terapung dan sedang dipujuk oleh seorang nelayan yang mengekorinya sebelum berjaya dibawa ke darat oleh pasukan bomba," katanya.

Seorang lelaki warga Indonesia berjaya diselamatkan sepasukan angota bomba daripada cubaan membunuh diri di perairan Selat Melaka berhampiran Taman Kota Laksamana di sini pagi tadi.

Razali berkata, motif kejadian masih belum dapat dipastikan namun lelaki itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.