JOHOR BAHRU - Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan operasi cari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warganegara Indonesia selepas dilaporkan hilang dipercayai jatuh di dalam parit berhampiran rumahnya sejak petang semalam.

Penyelia operasi dari Balai Bomba Taman Universiti Skudai, Pegawai Bomba Kanan 2, Jamil Onn berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 5.50 pagi, semalam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, sebanyak dua sesi SAR telah dilakukan sepanjang hari ini, tetapi masih belum menemui sebarang kesan mangsa

"Operasi SAR di kawasan Parit Taman Skudai Baru itu bermula pada jam 6.03 pagi yang mana melibatkan tiga unit skuba dari Balai Bombda Kangkar Tebrau dan Balai Bomba Tamau Universiti Skudai.

"Kami memulakan operasi mencari di kawasan di mana wanita tersebut dipercayai terjatuh serta menyusuri 2.5 kilometer daripada kawasan itu," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Jamil berkata, melalui daripada maklumat yang diberikan kawasan tersebut mempunyai kedalaman 0.4 meter dan bersambung dengan beberapa cabang sungai menghala Sungai Taman Perling.

"Kami dimaklumkan oleh anak mangsa, mangsa hilang sejak jam 7 petang semalam yang memberitahu ibunya telah terjatuh ke dalam parit ini.

"Bagaimanapun, sehingga kini pihak kami masih belum menemui apa-apa dan operasi dijangka akan diteruskan sehingga jam 8 malam ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.