ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir pada hari kelima banjir di lima daerah di Kedah menurun kepada 1,706 orang berbanding 1,991 orang, pagi semalam.

Penyelaras Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, jumlah mangsa menurun seramai 285 orang berbanding jam 8 pagi.

"Setakat jam 12 tengah hari, hanya tinggal 487 keluarga yang dipindahkan ke 13 pusat penempatan banjir berbanding 560 keluarga di 19 pusat pemindahan banjir sebelum ini.

"Kebanyakan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila air di beberapa kawasan dinaiki air di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Pokok Sena mulai surut," katanya.

Saifuddin berkata, setakat ini, seramai 937 mangsa banjir di Kota Setar, diikuti 401 mangsa (Pokok Sena), Pendang (280 mangsa) dan Kubang Pasu (88 mangsa).

Katanya, lapan pusat pemindahan masih dibuka di daerah Kota Setar, termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah (347 mangsa,109 keluarga), SK Alor Gunung (265 mangsa, 89 keluarga), SK Bukit Pinang (102 mangsa, 30 keluarga) dan SK Alor Mengkudu (85 mangsa, 25 keluarga).

Antara lain, Surau Assyakirin Kepala Batas (79 mangsa, 22 keluarga), Dewan Wawasan Kampung Kelompang (79 mangsa, 39 keluarga), Kampung Tanjung Pauh (12 mangsa, dua keluarga) dan JKM Seberang Perak (lapan mangsa, dua keluarga).

Di Daerah Kubang Pasu, hanya tinggal dua pusat pemindahan dibuka, iaitu SK Kodiang Lama (56 mangsa, 12 keluarga) dan Dewan Tokong Cina (32 mangsa, 11 keluarga).

Bagi daerah Pokok Sena, seramai 366 mangsa dari 85 keluarga ditempatkan di SK Bukit Hijau dan 35 mangsa dari 10 keluarga di Dewan Lubuk Keriang.

Hanya sebuah pusat pemindahan sahaja dibuka di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Guar Kepayang, Pendang yang menempatkan 280 mangsa dari 77 keluarga.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERSING - Tiga kawasan baharu di daerah ini dinaiki air susulan pengumpulan air sungai dari kawasan hulu ke kawasan terlibat semalam hingga tengah malam tadi beserta hujan lebat berterusan sejak Rabu lalu.
  • JOHOR BAHRU - Banjir di Segamat semakin pulih dengan mangsa banjir di daerah itu kini 25 orang berbanding 38 orang yang dicatatkan semalam.
  • KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Kemaman kekal 948 mangsa daripada 207 keluarga setakat jam 8 pagi ini, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman.
  • KUALA LUMPUR - Seramai 11,991 mangsa banjir direkodkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Johor, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga 8 malam ini.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memantau situasi banjir di beberapa negeri di selatan dan pantai timur serta memastikan bantuan mencukupi diberikan kepada mereka yang terjejas.