NIBONG TEBAL - Mahkamah Majistret Jawi menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes seorang guru, Noor Idzahril Ahmad, 52, yang didakwa memukul seorang murid, Ogos lalu.

Majistret Hizween Azleena Othman Kamal membuat ketetapan itu selepas pihak pendakwaan menyerahkan laporan perubatan kepada mahkamah.

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili Noor Idzahril berkata, pihaknya memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan yang paling awal berikutan kes berkenaan membabitkan kepentingan awam.

“Kami mencadangkan tarikh perbicaraan pada Mac iaitu pada sesi cuti persekolahan, namun mahkamah mempunyai beberapa kes lain pada waktu itu.

“Pihak kami telah bersedia dengan semua dokumen dan akan memuktamadkan saksi bersama anak guam kami,” katanya ketika ditemui di sini tadi.

Muhamad Afiq Islandar tercampak kira-kira 10 meter daripada motosikalnya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pada 11 Disember tahun lalu, Noor Idzahril mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa yang ketika itu berusia sembilan tahun di Kelas 3 Bestari Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Nibong Tebal di sini pada 10 pagi, 2 Ogos tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Uzair Abd Munir.

Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Noor Idzahril termasuk daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di pekarangan mahkamah di sini sebagai tanda solidariti kepada guru berkenaan.

Turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad dan Presiden Gabungan Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Zambri Mohd Isa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUTTERWORTH - Seorang lelaki selayaknya digelar binatang apabila sanggup memijak seorang kanak-kanak lelaki yang sedang tidur dalam kejadian di sebuah flat di Taman Bagan Jaya.
  • BALING - Rakaman video seorang murid menerima hukuman dipukul seorang lelaki dipercayai kakitangan sebuah sekolah di daerah ini tular di media sosial hari ini.
  • ALOR SETAR - Tiga puluh lima orang, termasuk seorang guru sekolah, yang disyaki terbabit dengan kegiatan Daesh, ditahan di seluruh Kedah antara tahun 2013 hingga April lalu.
  • KOTA BHARU - Seorang bapa membuat laporan polis hari ini, mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan berlaku pendarahan di dalam mata sebelah kiri.