SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengucapkan takziah di atas pemergian bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung tengahari tadi.

Turut berkongsi kesedihan, pihak Bersatu berkata, Adenan yang dikenali sebagai Tok Nan merupakan pejuang hak rakyat Sarawak dan pemimpin yang dihormati.

“Dukacita dimaklumkan Adenan telah meninggal dunia jam 1.20 petang di Hospital Jantung Samarahan Sarawak hari ini akibat sakit jantung.

“Salam Takziah buat seluruh rakyat Sarawak,” kata pihaknya  menerusi kenyataan di Facebook rasmi, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia]

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem,72, dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.

Menerusi Twitter Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu bahawa Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sudah tiada degupan jantung semasa tiba di di Zon Kritikal, Bahagian Kecemasan dan Trauma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
  • SEREMBAN - Adinda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni AlmarhumTuanku Munawir, Tunku Datin Deanna Tuanku Munawir mangkat jam 4.24 petang hari ini.
  • ALOR SETAR - Seorang bapa yang cedera parah dipukul anaknya menggunakan alat penimbang air di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok, Jitra, semalam disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) awal pagi tadi.
  • SHAH ALAM - Bekas Ketua Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim dilaporkan meninggal dunia hari ini.
  • GUA MUSANG - Bapa pemain Sime Darby FC, Zulfahmi Awang meninggal dunia akibat serangan jantung di ladangnya di Felda Chiku 5, di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.