BERDASARKAN viral berkenaan, beras tiruan dengan nama Sukaramai dikatakan sudah memasuki pasaran negara ini dan beberapa penemuan beras itu mula disebarkan.

Beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri dengan diproses sama bentuk beras asli.

Taktik pengedar beras tiruan palsu ini bagi mengelakkan pengguna tahu adalah dengan  mencampurkan beras tiruan tersebut dengan beras asli membolehkan nasi yang dimasak tidak keras.

Berdasarkan sebuah laporan di luar negara, beras tiruan ini kebanyakannya dihasilkan dari China, terutamanya di Taiyuan di wilayah Shaanxi.

Pakar-pakar kesihatan dan pemakanan telah beri amaran bahawa memakan bijirin palsu itu, dicampur dengan resin beracun, boleh merosakkan sistem penghadaman.

Satu laporan di Very Vietnam menyatakan seorang pegawai dari Persatuan Pengusaha Restoran Cina telah mengumumkan makan tiga mangkuk beras tiruan ini adalah sama dengan makan sekeping beg plastik.

[ FAKTA: 'Tak logik ada beras palsu bercampur plastik' ]
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADAR bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga diculik adalah palsu.
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.
  • SELEPAS disahkan palsu tahun lalu, Majlis Jom Nikah didakwa anjuran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kini sekali lagi disebarkan secara meluas menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.