PORT DICKSON - Bekas Pegawai Khas Politik, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Masiyon Mardan@Buhair,64, meninggal dunia sekitar jam 3 petang tadi ketika mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sedang berkenaan slipped disc sakit tulang belakang yang dihidapinya.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Desa Permai, Port Dickson dan akan disolatkan di masjid Kariah Kampung Paya seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dato' Haji Abdullah Sijang selepas solat Isyak.

Selepas Tan Sri Muhyiddin dipecat daripada Umno pada Jun 2016, Masiyon dilihat turut mengurangkan aktiviti politiknya.

Beliau yang juga Ketua Umno Cawangan Bunga Raya sangat berjasa bagi masyarakat di daerah apabila beliau memainkan peranan dan menggunakan pengalaman luas yang dimiliki memimpin pelbagai jawatankuasa badan bukan kerajaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :