KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar komited dan akan terus memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan perlombongan bauksit haram di Pahang, kata Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kementerian tidak akan melayan sebarang rayuan atau permintaan untuk campur tangan dalam siasatan SPRM yang sedang berjalan itu.

“Kementerian menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil SPRM dalam menyita simpanan stok bauksit bagi membantu siasatan mereka berhubung perlombongan bauksit haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi mengulas laporan sebuah portal berita  bertajuk ‘SPRM Akan Sita Lebih 10 Juta Tan Bauksit di Pahang’ yang disiarkan semalam.

Beliau juga berkata pengusaha perlombongan bauksit berkenaan gagal mematuhi moratorium yang dikenakan oleh kerajaan sejak Januari tahun lepas,  sekalipun kementeriannya telah mengeluarkan banyak peringatan menerusi telefon dan juga media kepada mereka. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAWAU - Exco Pemuda Umno yang juga Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Oktober dan dibebaskan semalam dengan jaminan agensi itu menyokong penuh tindakan badan bebas itu dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.
  • KOTA KINABALU - Seorang lagi adik bekas menteri persekutuan direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.
  • PUTRAJAYA - Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dibebaskan hari ini.
  • KOTA KINABALU - Tiga individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah dibebaskan hari ini.
  • SEPANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan pihaknya berhubung video yang tular didakwa membabitkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada hubungan sulit dengan isteri orang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.