BENTONG -  Tiga maut termasuk sepasang suami isteri, manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.
    
Mereka yang maut ialah warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang beralamat di kediaman siswa Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dan isterinya Zarifah Alias, 26, berasal dari Kota Bharu serta Suhaisam Che Abdulla, 33, dari Batang Kali, Selangor.

Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.
   
Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.
   
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Nor Mansor berkata, mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.

Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.
   
Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Bharu.
  
"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SITIAWAN - Seorang lelaki warga Nepal maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan sebelum dia dihumban rakannya dari tingkat tiga Hostel Green Prospect yang terletak dalam sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kampung Acheh, di sini, semalam.
  • KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Jalan Pandan 3/11, Pandan Jaya, Selangor petang semalam.
  • BAGAN SERAI - Perjalanan seorang lelaki ke tempat kerja berakhir tragedi apabila dia maut selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 181, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Plaza Tol Alor Pongsu, di sini pagi tadi.
  • BENTONG - Seorang lelaki maut selepas tersepit di dalam mesin memproses kertas di sebuah kilang kertas tengah malam tadi.
  • PORT DICKSON - Seorang lelaki penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 19.5 Lebuhraya Seremban Port Dickwon (SPDH) arah Seremban ke Port Dickson sekitar jam 8 pagi tadi.