GUA MUSANG - Bapa pemain Sime Darby FC, Zulfahmi Awang meninggal dunia akibat serangan jantung di ladangnya di Felda Chiku 5, di sini.

Awang Yaakob, 66, yang juga peneroka Chiku 5, di sini ditemui anak saudaranya, Nor Mohd Irfan Omar, 27, kira-kira jam 3.30 petang tadi dalam keadaan terbaring.

Nor Mohd Irfan berkata, Allahyarham ke ladang berkenaan pada jam 9 pagi tadi bersamanya untuk membaja anak pokok sawit.

"Saya yang hantar arwah ke ladang kerana saya juga bekerja di sana. Pada jam 1 tengah hari, saya ke ladang dan lihat dia masih meneruskan kerja-kerja membaja.

"Pada jam 3 petang, ibu saudara saya suruh saya ke ladang untuk melihatnya. Apabila tiba di ladang, saya lihat arwah terbaring di tepi parit dalam keadaan badannya sudah mengeras.

"Saya hubungi keluarga dan minta bantuan untuk membawanya ke Klinik Kesihatan Chiku 3. Doktor mengesahkan arwah sudah tiada akibat serangan jantung," katanya.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis.

"Situasi menyedihkan juga kerana Zulfahmi dijadualkan beraksi malam ini menentang UKM FC bagi Peringkat Akhir Kedua Piala FAM 2017.

"Jenazah arwah akan dikebumikan pagi esok, di Tanah Perkuburan Islam Felda Chiku 5," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anaknya berusia tiga tahun dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pagi tadi.
  • KUANTAN - "Sabtu lalu saya bermain dengan dia. Cucu sihat dan aktif seperti biasa... hari ini, tiba-tiba sahaja saya dapat tahu dia sudah tiada."
  • BATU PAHAT - Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan Azrow Othman, 43, ketika ini tatkala beliau diuji dengan kematian isterinya selepas 19 hari isterinya melahirkan anak bongsu mereka yang juga satu-satunya anak perempuan dinantikan sejak empat tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Bekas pengasas dan penerbit majalah Variasari, Datuk Mustafa Ton, 75, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang tadi akibat jangkitan paru-paru.
  • KUANTAN - Adun Lepar, Allahyarham Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, mengadu tidak sihat selepas demam sejak Khamis lalu.