SUNGAI PETANI - Seorang kontraktor ditemui mati tergantung dalam bilik di rumahnya dekat perumahan mewah, Perdana Heights, Sungai Petani, dalam kejadian lebih kurang satu tengahari hari ini.

Tiga anaknya, berusia lapan tahun adalah perempuan manakala enam dan empat tahun adalah lelaki, turut ditemui mati dalam bilik sama.

Mayat ketiga tiga anak ditemui dalam keadaan tidur dan berselimut dalam bilik terbabit.

Berdasarkan maklumat awal, kemungkinan mayat telah meninggal lebih 10 jam sebelum ditemui.

Salah seorang ahli keluarga merasa curiga kerana empat beranak tersebut berada di bilik tingkat atas dan tidak turun sejak pagi setelah dipanggil beberapa kali.

Difahamkan, kesemua mereka menikmati makan malam di rumah terbabit semalam dalam keadaan baik.

Mangsa baharu sahaja kehilangan isteri yang juga ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung dalam bilik yang sama 1 November lalu.

Polis masih menjalankan siasatan dan pasukan forensik PDRM baharu sahaja tiba di lokasi kejadian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis dan wanita dipercayai warga Vietnam merupakan teman wanitanya ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di sebuah rumah dekat Taman Cantik, Cheras, di sini, pagi tadi.
  • SEGAMAT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati oleh ibunya sendiri di sebuah bilik sewa keluarganya di Jalan Ros, di sini, awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan ditemui mati di Sungai Klang berhampiran Flat Seri Cempaka, Pantai Dalam di sini, pagi tadi.
  • JOHOR BAHRU - Polis bertindak menahan ibu bapa seorang bayi perempuan yang ditemui mati dipercayai lemas selepas tertinggal selama lima jam dalam kereta milik bapanya di pekan Saleng, Kulai, dekat sini, dalam kejadian petang semalam.