IPOH - Latihan ketenteraan bersama antara angkatan tentera Australia dan Malaysia diharap dapat membantu menyelesaikan isu-isu keselamatan di rantau ini.

Komander Divisyen 1, Mejar General Paul Mclachan berkata, latihan berkenaan diharap dapat membantu kedua belah pihak mempelajari mengenai kaedah serta taktik berperang masing-masing.

Selain  itu menurutnya, latihan berkenaan akan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara kedua belah pihak dalam usaha menangani isu-isu keselamatan serantau.

"Kami rasa sungguh bertuah kerana dapat sama-sama menyertai latihan ini dan  sebelum ini latihan dibuat bersama 8 Divisyen, Kelantan dan kali ini di Ipoh pula.

"Latihan ini banyak memberikan tunjuk ajar serta kefahaman kepada kami khususnya mengenai selok belok pertempuran di hutan dan kami turut berkongsi kepakaran bersama mereka (tentera Malaysia).

"Secara keseluruhannya, kami rasa amat bertuah kerana dapat berlatih bersama-sama dengan sebahagian kumpulan tentera yang terbaik di negara ini.

Mclachan berkata demikian pada sidang media sempena ) Haringgaroo Serial 68/2017 2nd Malaysian Infantry Brigade Esok di di Padang Kawad Batallion ke-2 Rejimen, Kem Syed Putra, pagi tadi.   

Hadir sama, Ketua Staf Markas 2 Divisyen, Kolonel Mohd Adzhar Abdul Latiff yang mewakili Panglima 2 Divesyen.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.