KOTA BHARU – Perbuatan kejam seorang lelaki dikenali sebagai Pok Su yang merogol seorang wanita orang kurang upaya OKU lembam dibalas dengan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faizal Adlan Husin, 25, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir Gunung, Bachok, pada jam 8.30 malam, dalam Julai 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian lalu, mangsa yang baru pulang dari mengaji di rumah saudaranya di kampung sama berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

Tiba di hadapan sebuah kedai, lelaki yang dikenalinya sebagai Pok Su iaitu tertuduh menariknya dengan kuat dan menutup mulut dengan kain tudung mangsa.

Tertuduh kemudian mengangkat mangsa dan membawanya ke sebuah bilik serta merogolnya.

Tertuduh juga memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun, bagaimanapun mangsa mengalami sakit perut dan dibawa ke hospital sebelum disahkan mengandung 18 minggu.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun menjadi mangsa rakus bapa tiri apabila lelaki berusia 46 tahun itu mengaku telah menodai mereka antara awal dan hujung tahun 2017.
  • TAMPIN - Sembilan remaja, empat daripadanya berusia 17 tahun dan lima berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana rogol, seks luar tabii gadis bawah umur.
  • KOTA BHARU - Seorang jurukimpal tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, empat tahun lalu.
  • KLANG - Seorang remaja perempuan terpaksa berdepan detik hitam selepas diperkosa ketika sedang tidur di rumahnya di Pulau Indah, di sini awal pagi, semalam.
  • KOTA BHARU - Seorang duda anak dua tidak mengaku salah atas tuduhan merogol kekasih bawah umurnya di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.