KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan terperinci kejadian pesawat pejuang jenis Hawk 108 terhempas yang mengorbankan dua juruterbangnya.

Hishammuddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang yang terkorban dalam nahas itu.

Pesawat Hawk 108 yang dilaporkan hilang pagi tadi itu dipercayai  terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu petang ini.

Jasad kedua-dua juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof , 39, dan Mejar Hasri Zahari, 31, ditemukan pada 2.30 petang tadi, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.

"Saya telah arah @airforcenextgen jalankan siasatan terperinci dengan kadar segera bagi kenal pasti punca nahas #Hawk108," kata Hishammuddin menerusi Twitternya.

"Semoga kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah #Hawk108," katanya. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SANDAKAN - Kerajaan meluluskan pelaksanaan Bayaran Insentif Tugas Stesen Luar Pantai (BITSLP) untuk anggota tentera yang bertugas di 22 pos baharu Op Pasir di pantai timur Sabah berkuat kuasa bulan ini.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia akan bersama-sama kerajaan Arab Saudi untuk mempertahankan kesucian dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah, daripada sebarang ancaman pengganas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.