GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menyerahkan  kembali tiga buah bot nelayan Indonesia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara pada 16 Oktober lepas.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 APMM Pulau Pinang, Hamizan Harun berkata tiga buah bot itu diserahkan menerusi persetujuan kedua-dua negara dan juga  keputusan mahkamah pada 21 Disember lepas.

"Semua bot itu diserahkan kepada wakil nelayan Indonesia di KBH Marine, Gat Lebuh Maccalum, semalam dan bot terbabit bergerak pada 7 malam menuju Pangkalan Perikanan Belawan.

"Bot berkenaan diiringi bot dan kapal APMM Pulau Pinang hingga ke sempadan Malaysia-Indonesia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 12  kru tiga bot nelayan itu telah dihantar pulang pada 13 Disember lepas menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Seramai 310 anggota terdiri lapan platun dan 73 pelatih Maritim Malaysia tamat latihan asas Leftenan Muda Maritim siri 9/207 dan Bintara Muda siri 1/207 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini hari ini
  • ALOR GAJAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 300 ekor burung daripada spesies terancam pada kedudukan 4.97 batu nautika di perairan Tanjung Gabang, Selangor, petang semalam.
  • ALOR GAJAH - [VIDEO] Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Kuala Linggi berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok termasuk cukai bernilai RM 1.86 juta di sini, malam tadi.
  • LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama dua nelayan warga Myanmar di 4.4 batu nautika barat daya Pulau Talang, di sini, petang semalam.