TELUK INTAN - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut manakala isteri dan dua anaknya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 22 Jalan Teluk Intan-Bidor, 10.30 malam semalam.

Mangsa, LK PAP Ridzwan Tarmizi, 33, dari Unit Provos Tentera Laut (Protela), Lumut, meninggal dunia tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan ekoran cedera parah di kepalanya.

Manakala isteri mangsa Siti Mariam Mohd Shariff, 32, yang merupakan Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan Changkat Lada bersama dua anaknya Siti Nur Rania Zulaikha Ridzwan, 3, dan Nur Sofia Ridzwan, 7, masing-masing patah kaki kanan dan retak lutut kanan.

Menurut salah seorang kenalan Siti Mariam, isteri mangsa ada menceritakan bahawa suaminya cedera parah kerana mengelak kereta yang merempuh mereka daripada melanggar bahagian hadapan penumpang yang menempatkan anak sulung mereka.

**Dapatkan Sinar Harian untuk berita penuh

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi nyaris maut apabila teksi yang dipandunya dihempap kontena dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, dekat sini, hari ini.
  • KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Bentong-Raub, Bentong, semalam.
  • KUALA LUMPUR - Dua buah bas yang membawa atlet Sukan Sea 2017 dari Thailand, Filipina dan Myanmar terlibat dalam kemalangan di tol Sungai Besi menghala ke Kesas, dekat sini, pagi tadi.
  • PORT DICKSON - Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera parah selepas selepas kereta yang dipandu di kilometer 18.8 Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) arah Port Dickson Seremban pada sekitar jam 8.40 pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri, hari ini, mengesahkan 21 mangsa terlibat dalam kes kemalangan membabitkan sebuah trak polis membawa orang kena tuduh (OKT) dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Sidam Kanan berhampiran Kampung Jambu, Padang Serai, Kulim, kira-kira jam 11 pagi semalam dalam keadaan stabil.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.