KOTA TINGGI - Hajat ke rumah ibu tak sampai apabila di maut dalam kemalamangan malam tadi.

Mangsa, Amirullah Salim, 39, yang menunggang motosikal maut dirempuh dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan lain di KM 37.0 Jalan Kota Tinggi -Kluang, di hadapan Ladang Cenas Bandar Tenggara malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa seorang anggota tentera yang dalam perjalanan dari Taman Impian Emas, Kluang maut ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kemalangan tiga kenderaan itu membabitkan motosikal jenis Scrambler Demak, Proton Wira Wave serta kereta Toyota Corolla.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dari Kluang menghala ke Kota Tinggi terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Mangsa jatuh ke atas jalan raya dilaluan bertentangan kerana mahu mengelak suatu objek yang tidak pasti dipercayai binatang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMAMAN - Belumpun sampai 24 jam kemalangan menyayat hati yang meragut nyawa dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun berlaku di Kemaman, satu lagi nahas jalan raya yang mengorbankan dua lagi mangsa terjadi di daerah ini, awal pagi tadi.
  • BUTTERWORTH - Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan empat buah motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) awal pagi tadi.
  • SEGAMAT - Seorang remaja tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di Kilometer 6 Jalan Paya Pulai-Pogoh, petang semalam.
  • REMBAU - Seorang kerani Pos Laju maut tercampak ke dalam longkang selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 14.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi tadi.
  • YAN - Seorang warga emas, Othman Hassan,79, maut apabila diirempuh sebuah motosikal ketika cuba melintas jalan di Kampung Sungai Lintang pada jam 9 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.