SHAH ALAM -  Padah cuba memperoleh suapan RM6,000 lima tahun lalu, dua anggota polis masing- masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM30,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Hakim, Asmadi Hussin membuat keputusan itu terhadap Lans Koperal Joe Stephan dan Konstabel Mohd Farid Che Aziz  serta memerintahkan kedua- dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan itu menjalani hukuman penjara enam bulan tambahan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Dalam keputusannya, Asmadi berkata, tertuduh Joe, 31, dan Mohd Farid, 33, gagal mematahkan anggapan yang terpakai ke atas mereka.

"Tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui munasabah," katanya.

Joe dan Mohd Farid didapati bersalah bersama-sama cuba memperoleh suapan RM6,000 daripada Lee Yong Hock sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada diambil tindakan bagi kesalahan dikehendaki polis dan memiliki kereta seludup.

Kesalahan itu dilakukan mereka di tempat letak kereta Balai Polis Pandamaran, Klang jam 4.30 pagi pada 3 April 2012.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan lima individu termasuk dua wanita dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah rumah di Jalan Nusa Bestari dekat Skudai, di sini, dua hari lalu.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kes empat kenderaan milik pegawai kanan kastam dan anggota keluarganya yang terbakar dalam kejadian di kuarters kerajaan di Presint 11 di sini minggu lalu mempunyai unsur jenayah.
  • SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai melepaskan satu das tembakan di tempat awam dalam kejadian di Jalan Telok Bunut, Banting awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan dan ketangkasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan satu demi satu cubaan kumpulan pengganas melaksanakan tindakan keganasan termasuk rancangan serangan pada beberapa acara penting di negara ini.
  • GEORGE TOWN - Polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.