PETALING JAYA - Kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia dipercayai kerana didera di rumah pengasuh di sebuah apartmen di Seksyen 51A, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sebelum itu, ibu mangsa telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada jam 1 petang.

Namun kira-kira jam 2 petang, pengasuh telah menghantar pesanan melalui WhatsApp menyatakan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak sihat dan muntah-muntah selain badannya yang lemah.

"Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang kemudian datang ke rumah pengasuh terbabit kira-kira jam 4 petang dan dapati anaknya itu tidak sedarkan diri.

"Mangsa terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).  Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa.

Malah, bahagian kemaluan kanak-kanak terbabit juga cedera seperti kesan terkoyak.

Tambahnya, susulan itu, polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita malam tadi di Petaling Jaya. Siasatan akan diteruskan dan perkembangan akan dimaklumkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota Permai 2, di sini Ahad lepas.
  • SEREMBAN - Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan menerima laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, dekat sini yang melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya.
  • BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lagi wanita iaitu ibu kepada dua beradik yang ditahan semalam di hadapan Bangunan Karpal Singh, Jalan Green Hall, Georgetown kira-kira jam 4.30 petang tadi susulan kes seorang pembantu rumah maut.
  • KUALA NERUS - Angkara masalah rumah tangga yang dihadapi ibu dan bapa tirinya, empat beradik di Gong Badak Badak, di sini, dipercayai sering menjadi mangsa dera termasuk dipukul menggunakan rotan oleh bapa tiri mereka itu.
  • TAIPING - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia di Hospital Taiping, semalam, dipercayai didera.