SUNGAI PETANI - Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun menjadi mangsa rakus bapa tiri apabila lelaki berusia 46 tahun itu mengaku telah menodai mereka antara awal dan hujung tahun 2017.

Perbuatan terkutuk itu tergamak dilakukan lelaki terbabit semasa isterinya yang juga ibu kandung kepada mangsa sedang tidur dalam rumah yang sama, di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, kejadian disedari ibu mangsa apabila terjaga dari tidur dan mendapati suspek telah menodai anak sulungnya.

Menurutnya, wanita berusia 41 tahun itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian walaupun suaminya telah memohon maaf atas kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Menurut Saifi, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 23 Januari 2018 bagi membantu siasatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :