JITRA - Anak kepada exco kerajaan negeri Kedah Datuk Aminuddin Omar antara  dua yang maut apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Km12.7  Jalan Kampung Bendang Perang dekat sini petang tadi.

Irfan Aminuddin, 20 dan rakannya Wan Khuzairi Wan Chik, 27 maut di tempat kejadian, kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohamed Mustakim Mukhtar dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux  yang dipandu Wan Khuzairi itu  terbabas lalu melanggar sebatang pokok semasa hujan lebat.

Katanya pasukan bomba dipanggil bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berkenaan. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anaknya berusia tiga tahun dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini, pagi tadi.
  • KUANTAN - "Sabtu lalu saya bermain dengan dia. Cucu sihat dan aktif seperti biasa... hari ini, tiba-tiba sahaja saya dapat tahu dia sudah tiada."
  • BATU PAHAT - Tiada perkataan yang dapat mengambarkan perasaan Azrow Othman, 43, ketika ini tatkala beliau diuji dengan kematian isterinya selepas 19 hari isterinya melahirkan anak bongsu mereka yang juga satu-satunya anak perempuan dinantikan sejak empat tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Bekas pengasas dan penerbit majalah Variasari, Datuk Mustafa Ton, 75, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang tadi akibat jangkitan paru-paru.
  • KUANTAN - Adun Lepar, Allahyarham Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, mengadu tidak sihat selepas demam sejak Khamis lalu.