BANDARAYA MELAKA - Seorang gadis mencari ayah kandungnya yang terpisah sejak 15 tahun lalu bagi mewalikan pernikahannya yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Nur Shuhada Musa, 27, dari Kampung Lapan, Tengkera di sini berkata, bagaimanapun pernikahan itu terpaksa ditangguhkan sehingga satu usaha mencari dilakukan atas arahan Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Tangkak.

Menurut Shuhada, kali terakhirnya dia melihat wajah ayahnya, Musa Sihat, ketika usianya baharu 12 tahun.

"Ayah bercerai dengan arwah emak dan selepas itu saya dan adik mengikut emak menetap di Tangkak manakala ayah serta abang difahamkan menetap di Melaka.

"Sehingga kini kami tidak pernah berjumpa walaupun ketika emak meninggal dunia pada 2013 lalu akibat serangan strok," katanya ketika ditemui hari ini.

Shuhada berkata, dia perlu berusaha mencari ayahnya dan jika gagal pernikahan akan diteruskan dengan cara wali hakim yang akan ditentukan oleh mahkamah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ayah saya boleh menghubungi talian 013-3574599," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :