KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket bermula Ahad hingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.

"Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," tambah kenyataan tersebut.

Sementara itu, ribut petir di perairan Labuan pula dijangka berterusan sehingga lewat malam ini. – Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.