MACHANG - Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat kemalangan di Pulai Chondong, dekat sini kira -kira jam 3.15 petang tadi.

Mangsa, Ghazali Seman, 72, dan isteri, Siti Fatimah Hamzah ,71, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kereta mangsa turut terbakar akibat kejadian tersebut namun kedua-duanya berjaya dikeluarkan orang ramai terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan,  Dzulkifli Abdul Ghani berkata, kereta jenis Charade yang dipandu mangsa dipercayai cuba membuat pusingan U sebelum bertembung dengan kereta jenis Volkwagen.

Katanya, kemalangan yang berlaku di kilometer 28.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu menyebabkan pasangan dari Jalan Kuari Bukit Buloh itu meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu  kereta Jenis Volkwagen  mengalami kecederaan ringan.

Tambahnya,  mayat  kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

"Kereta  yang dinaiki mangsa terbakar tetapi mangsa sempat dikeluarkan orang awam terlebih dahulu. Siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat dibawah Sek.41(1) APJ 1987," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KULIM - Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal di jalan Kulim-Mahang, pagi tadi.
  • KLUANG - Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di kilometer (KM) 20.7 Jalan Simpang Renggam-Renggam, dekat sini, awal pagi tadi.
  • YAN - Seorang pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan, Terengganu maut dalam satu kemalangan di Kampung Setia Jaya, Jalan Ulu Sedaka-Kampung Batu 17 selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan, pada jam 7 malam, semalam.
  • TAPAH - Keadaan mayat mangsa nahas membabitkan van dan sebuah lori
  • TAPAH - Ahli keluarga sembilan mangsa yang maut dalam nahas membabitkan van dan lori hadir ke bilik mayat Hospital Tapah untuk membuat pengecaman bermula jam 9 pagi tadi.