KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri menawarkan diri untuk mempengerusikan pasukan petugas khas bersama beberapa menteri lain bagi menyiasat dan mengena lpasti punca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung terbakar awal pagi tadi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan pasukan itu difikirkan wajar sebagai langkah pencegahan, supaya kejadian seumpama ini tidak akan berlaku kepada pusat-pusat pengajian tahfiz lain.

"Bukan hanya menyiasat dan mengenal pasti tetapi perlu kepada tindakan pencegahan. Kita tidak harus benarkan perkara seperti ini berlaku kepada pusat pengajian yang lain," katanya pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan petugas khas ini seharusnya diwujudkan segera.

"Jangan tunggu sehingga mesyuarat kabinet pada Rabu depan untuk dibincangkan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan kira-kira 20 minit melawat keluarga mangsa kebakaran di Institut Perubatan Forensik Negara HKL.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menanggung segala kos pengurusan jenazah mangsa kebakaran terbabit.

Katanya, bantuan psikologi juga turut disediakan kepada keluarga mangsa yang trauma.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang esok.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah memeriksa lebih 200 pusat tahfiz di seluruh negara, susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, 14 September lalu.
  • KUALA LUMPUR - Bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV).
  • KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu tragedi kebakaran menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua guru, hari ini lima remaja dan seorang kanak-kanak dihadapkan ke muka pengadilan.
  • KUALA LUMPUR - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 individu dalam kebakaran pusat tahfiz Quran Ittifaqiyah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.