SUNGAI SIPUT (U) - Seorang lelaki cedera di badan apabila terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir dua meter, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Ahmad Nashafudin Mat Dohan mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi.

Menurutnya, anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Tambah beliau, lelaki yang bekerja sebagai tukang paip itu dipercayai sedang melakukan kerja pembaikan paip sebelum terjatuh ke dalam longkang itu.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, anggota mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di dalam longkang sedalam hampir dua meter itu.

"Selepas diperiksa, anggota mendapati lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian badan. Anggota kemudian memberi rawatan awal kepada mangsa.

"Kemudian, mangsa dibawa keluar dari longkang itu sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut," katanya.

Ujarnya lagi, operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 2.20 petang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Tujuh penyokong bola sepak yang ditangkap selepas aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia di Stadium Perak, 15 Oktober lalu akan dituduh pagi ini di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, di Mahkamah Sesyen, Ipoh.
  • GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati lemas selepas terjatuh di dalam longkang di hadapan rumahnya di Taman Agropolitan Rantau Manis, petang tadi.
  • KUANTAN - Seorang warden penjara Bentong, putus cuping telinga kirinya selepas digigit oleh seorang banduan warga Liberia dalam kejadian di Kompleks Penjara Bentong petang semalam.
  • KUALA LUMPUR - Polis mencari seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar kolej swasta yang cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah pusat siber di Setiawangsa, dekat sini, 3 Ogos lalu.
  • KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap murid lelaki berusia 12 tahun, dengan menarik hidungnya menggunakan tapak tangan, dua hari lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.